Pages

29 June 2014

Salam Ramadhan

Contengan Kisah Sufi pada 4:00 pm
Korang Rasa? 
0 Yang Menyonteng Links to this post
Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat untuk Sufi mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua..Rebutlah peluang sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala dan semoga semua amalan kita diterima oleh Allah S.W.T

10 June 2014

Muda Remaja

Contengan Kisah Sufi pada 3:30 pm
Korang Rasa? 
0 Yang Menyonteng Links to this post
Assalamualaikum..

Nak taw kenapa Sufi buat tajuk macam tu?Hehe..Yer la, sekali tengok blog Sufi ni dah macam budak remaja di alam persekolahan..dengan warna pink nyer..ikon kartun la..hehe..gelak sorang-sorang Sufi..

Padahal tak sodar diri yang tuan badan tu dah masuk alam 30-an..13 Jun ni bertambah lagi satu angka umur Sufi..

Humm..tak pe la kan, jiwa macam budak remaja, orang tengok kita pun cam tak caya yang umur tu tak sesuai ngan tuan badan...cewahhh..awet muda katakan..

Ok la, till meets next time...

Kembali Lagi

Contengan Kisah Sufi pada 1:55 pm
Korang Rasa? 
0 Yang Menyonteng Links to this post
Assalamualaikum...
Cewah tajuk...bukan main lagi...haha..Dah lama Sufi tinggalkan blog ni..Yer la setelah hampir setahun lebih Sufi tak hupdate blog nie..Macam-macam peristiwa yang berlaku..

Biasa la, ngan kerja, anak, ulang alik Kota Bharu - Kajang...So, dats why la tak sempat nak hupdate blog ni...plus buat-buat bz...hehe..

And now, Sufi dah tak payah nak ulang alik KB - Kajang dah, becoz my husband dah dapat transfer ke KB, semalam (9.6.2014) dah lapor diri kat tempat kerja baru..lego den...

Sekarang ni lam proses nak mencari rumah, tak nak dah duk bawah ketiak umi, nak merasa sendiri alam rumah tangga yang sebenar-benarnya, setelah 3 tahun berkahwin...hehe...camano eh agaknya?Tak dapat Sufi nak bayangkan...yer la...kan dah nak masuk bulan Ramadhan, nak siapkan sahur, juadah berbuka.,,hummmm...ngan Adam Haziq lagi...Insyaallah...dapat diatasi kut..hehe...

Ok la, got to go..next time Sufi menceloteh lagi yer...


Latest 7/6/2014
Adam Haziq 1 tahun 11 bulan 7 hari

25 February 2013

Jalan-jalan Lagi..

Contengan Kisah Sufi pada 12:41 am
Korang Rasa? 
0 Yang Menyonteng Links to this post
Assalam

Hahaha..belek punya belek terjumpa gambo-gambo nie..Windunya nak gi jenjalan cam dulu-dulu...masa tu zaman anak dara daa...Tapi sekarang nie dah tak berkesempatan..bz ngan family n kerja..Incik Asben pulak asyik bz memanjang..yang tu tak leh nak gi mana-mana..huhu..cedihhhh...

Tapi tak per..aku akan usahakan jugak 1 trip nanti..tak kisah la dalam negara or obersea..Aku nak sangat gi Vietnam!!!!!!



Details Trip :

25-26 Jun 2010
Medan, Indonesia
Geng SPR Kelantan
30 owangs..

p/s : ini blog aku..makanya banyak gambo aku okeh..sila jangan meluat...
...time nie selim melim lagi...













Tata...

Pavlova

Contengan Kisah Sufi pada 12:21 am
Korang Rasa? 
0 Yang Menyonteng Links to this post

Assalam...

Inilah hasilnya..Pavlova tempahan dari customer (member adik)...nyum-nyum...terliur dibuatnya..Time kacih pada kak Ana Suzana kerana berkongsi resepi and siap tutorial lagi...i loikeeee...ok..resepi leh rujuk kat SINI yer...

Tata..

24 February 2013

Takde Tajuk...

Contengan Kisah Sufi pada 9:30 pm
Korang Rasa? 
0 Yang Menyonteng Links to this post
Assalam....

Hai korang!!!!!I'm back...Lamanyer la tak menconteng kat sini..Korang rindu kat Sufi tak?Kikiki..perasan..tak leh blah langsung...Sufi ada..tak gi mana-mana pun...jadi silent reader...Banyak sangat peristiwa yang berlaku...just tak sempat nak hupdate jer..Now Sufi dah jadi mak budak...Namanya Muhammad Adam Haziq..Lahir 13 Jun 2012..sama ngan tarikh lahir Sufi..now Adam Haziq dah masuk 8 bulan...


Umur 1 hari...berat 3.65 kg

ni gambar da latest...umur 8 bulan..berat 8 kg...

Ok la..ada masa Sufi hupdate lagi...xtaw bila la tu..hehe...Gud nite semua...

Tata..

7 September 2011

Pesanan Buat Para Isteri

Contengan Kisah Sufi pada 9:27 pm
Korang Rasa? 
5 Yang Menyonteng Links to this post
SAMBUT SUAMI DI MUKA PINTU 

 
Gambar Hiasan
Assalamualaikum para pembaca semua..Hope semuanya sihat-sihat yer..Okeh, malam nie Cik Sufi ingin berkongsi satu artikel untuk tatapan para isteri khususnya..Kepada yang belum berkahwin pun boleh membaca artikel nie..

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami. 

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami. 

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw: 

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami. 

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini. 

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. 

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami. 

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya. 

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu. 

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan." 

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. 

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: 

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." 

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami. Renung-renungkanlah dan selamat beramal..
 


 

~~Kisah Sufi~~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal