Pages

6 April 2011

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Contengan Kisah Sufi pada 10:26 am
Korang Rasa? 
Kecantikan Lelaki 

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita 


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah:-

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan

3) Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." 

"Renung-renungkanlah dan selamat beramal"

0 Yang Menyonteng on "Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita"

 

~~Kisah Sufi~~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal