Pages

25 February 2011

Hati Mati

Contengan Kisah Sufi pada 10:30 pm
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~ Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~ Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~ Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~ Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~ Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~ Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~ Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~ Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil
 
Pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Renung-renungkanlah dan selamat beramal..

2 Yang Menyonteng on "Hati Mati"

Nadhirah AR on 26 February 2011 at 10:45 said...

pasni nak simpan entry ni . buat peringatan . manusia ni cepat lupa terutamanya budak skolah cam saya kehkehkeh ^^

Kisah Sufi on 27 February 2011 at 19:51 said...

jgn simpan pasni..skrg pon akak bg dek..kita manusia, sering lupa..jd saling ingat-mengingati..adik nk fwd kat orang len pon akak x kisah..

 

~~Kisah Sufi~~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal